Thursday, May 20, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Tarikh : 17 Mei 2010
Masa : 7.30 pagi - 12.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka dan Padang SK Syed Idrus



Anugerah Guru Paling Disayangi bagi tahun 2010 dimenangi oleh Puan Suhaila bt Sulaiman dan En Mohd Suraimi b. Mohd Nor

PHS@CHEMOR

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 7.30 pagi - 6.00 petang
Tempat : SK Syed Idrus,Chemor,Perak
Anjuran : Jawantankuasa Kempen Membaca Perpustakaan Hamzah Sendut, Dengan Kerjasama Jawatankuasa Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan dan Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan (KUSISDARI)
Aktiviti : Seminar Teknik Membaca, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Pengucapan Awam, Pertandingan Mewarna, Spell-it-Right, Motivasi Diri, Perkhidmatan "Medical Coach Bus" dan Perkhidmatan "Eco Friendly Bus"







GOTONG-ROYONG PERDANA

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 7.30 - 10.30 pagi
Tempat : SK Syed Idrus



Wednesday, May 19, 2010

Selamat PaGi CikGu - SemPena Hari Guru

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sunday, May 16, 2010

SeLaMat HaRi GuRu


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SK Syed Idrus dan juga guru-guru di seluruh Malaysia

Tuesday, May 11, 2010

MinGGu PePeriksaan

Peperiksaan Pertengahan Tahun SKSI
Tarikh : 11 Mei - 13 Mei 2010


Saturday, May 1, 2010

Hari Pekerja

Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2010 kepada semua warga Sk Syed Idrus